Ayat Al-Quran Dan Hadis

 1.Adapun jika digunakan sebagai pinggan mangkuk, maka diharamkan sama ada bagi lelaki atau wanita. Sabda Rasulullah SAW:


وَلاَ تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالفِضَّةِ، وَلاَ تَأْكُلُوا فِي صِحَافِهَا، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَنَا فِي الآخِرَةِ


Maksudnya: Jangan kalian minum daripada bekas yang diperbuat emas dan perak dan jangan pula kalian makan daripada bekas makanan yang diperbuat daripadanya, kerana sesungguhnya kedua-duanya bagi orang kafir dan bagi kita di akhirat nanti.

(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari (5426) dalam Sahih-nya)


2. Rasulullah SAW juga mengingatkan tentang azab yang keras bagi orang minum dan makan daripada bekas emas dan perak. Sabda Baginda SAW:

الَّذِي يَشْرَبُ فِي إِنَاءِ الفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ


Maksudnya: Mereka yang minum daripada bekas perak maka akan menggelegak dalam perutnya api neraka jahanam.


(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari (5634))


3. Ruslan Al-Ramli Al-Maqdisi Al Syafi'e menyatakan: 


" Diharamkan ke atas lelaki memakai sutera tulen atau sutera bercampur yang kadar suteranya lebih banyak melainkan ke atas kanak-kanak. "




Diharamkan lelaki dan khunsa memakai sutera tulen atau sutera. Sekiranya sutera tulen atau kadar suteranya lebih banyak (dominan) daripada campuran kain lain, mereka (lelaki dan khunsa) tidak boleh memakai sutera dan dibaj (sejenis sutera). Berbeza pula material kain yang lainnya lebih banyak atau kadar kainnya sama rata dengan sutera, maka tidak haram kerana tidak dinamakan baju sutera. Seterusnya, memakai sutera dibenarkan hanya pada situasi darurat seperti tiada baju melainkan sutera dan pada situasi keperluan seperti mengalami penyakit kulit. Kanak-kanak lelaki boleh memakai sutera dan penjaganya boleh menggayakan anak lelakinya walaupun sudah mencapai had umur mummayiz.

 (Lihat: Ghayah Al-Bayan Fi Syarh Zubad Ibn Ruslan,183)

 

4. Pengeculian bagi kaum lelaki untuk membolehkan memakai sutera disebabkan penyakit kulit berdasarkan hadis daripada Anas Bin Malik R.A :



Maksudnya:  Nabi SAW memberikan kelonggaran untuk Zubair dan Abd Rahman untuk memakai sutera kerana penyakit gatal dan mereka derita. 

(Riwayat Al-Bukhari 5829 Muslim 2076)

 Ketika mensyarahkan hadis diatas, Ibnu Hajar menukilkan pandangan Al-Thabari:



Al-Thabari Rahimahullah menyatakan dalil hadis yang menunjukkan larangan bagi kaum lelaki yang menggunakan sutera tidak termasuk orang yang  mempunyai penyakit yang boleh berkurangan dengan hanya memakai pakaian sutera. 

(Rujuk: Fath Al-Bari, 10/295)












Comments