Hukum Islam Memakai Emas Dan Sutera
HARAM hukumnya bagi lelaki mengambil emas sebagai perhiasan. Hukum Islam memakai emas dan sutera ini terbahagi kepada dua iaitu:
Daripada Abdurrahman bin Tarafah:
أَنَّ جَدَّهُ عَرْفَجَةَ بْنَ أَسْعَدَ قُطِعَ أَنْفُهُ يَوْمَ الْكُلَابِ، فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ وَرِقٍ، فَأَنْتَنَ عَلَيْهِ فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ ذَهَبٍ
Maksudnya: Bahawa atuknya ' Arfajah bin As'ad terpotong hidungnya pada hari Peperangan Kulab.Kemudian dia memasang acuan hidung daripada bahan perak, lalu baunya busuk dan menganggu beliau, maka Nabi SAW menyuruhnya mengambil hidung daripada jenis emas.
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud (4332) dalam Suna-nya)
Al-Khattabi: Hadis ini menunjukkan keharusan menggunakan sedikit emas bagi lelaki ketika keadaan darurat seperti penyusunan gigi dan tidak ada bahan lain yang boleh menggantikannya. Lihat Ma'alam Al-Sunan (4/215)
Kedua: Pemakaian bagi tujuan perhiasan atau selain daripada perubatan seperti pen yang dilekatkan dipoket dan jam tangan. Maka hukumnya tidak dibolehkan. Ini berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA:
إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad (935) dalam Musnad-nya)
Hukum memakai pakaian yang diperbuat daripada benang sutera itu tertakluk kepada pemakaianya. Jika ia seorang perempuan adalah harus memakainya, sebaliknya haram hukumnya bagi lelaki.
i. Hukum lelaki memakai pakakaian yang diperbuat 100% daripada benang sutera adalah haram.
ii. Haram lelaki memakai pakaian bercampur sutera yang kadar suteranya lebih banyak atau lebih 50% berbanding material kain lain.
iii. Harus lelaki memakai pakaian sutera sekiranya campuran sutera dengan material kain lain pada kadar yanng sama iaitu 50% atau campuran sutera kurang 50%.
iv. Pengecualian memakai sutera bagi kanak - kanak lelaki dan rukhsah diberikan kepada kaum lelaki hanya pada situasi darurat dan keperluan seperti mengalami penyakit kulit.


Comments
Post a Comment