Kesan Pemakaian Emas Dari Sudut Islam Dan Sains
Daripada pennyelidikannya,W.S. Rapson mendapati kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida. Apabila kita berpeluh, kedua - dua bahan kimia tersebut akan brtindak balas dengan aloi emas yanag dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikatakan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia. Partikel - partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang - liang roma kulit. Kjian bidang dermatologi juga membuktikan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkanoleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah berkali lebih tinggi daripada wanita.Oleh itu ia berupaya menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding kulit wanita.
Bagaimana pula dengan kaum wanita ? . Adakah pemakaian emas berbahaya kpada mereka ?
Allah jadikan wanita lebih istimewa daripada lelaki kerana mereka memiliki hormon estrogen lebih banyak berbading lelaki. Hormon ini membantu kelancaran peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid, saluran darah akan mengembang seperti wanita. Dengan demikian, jika ada pertikel emas memasuki badan lelaki , partikel berbahaya itu boleh menyumbat saluran darah . Oleh sebab itulah lelaki lebih ramai mengalami masalah kesihatan seperti kardiovaskular berbanding wanita.
Subahanallah. Inilah sebab kenapa Allah haramkan orang lelaki memakai emas sedangkan wanita tidak. Islam adalah agama yang memelihara penganutnya daripada ditimpa masalah ataupun terkena penyakit. Sangat perlu diyakini bahawa sesungguhnya apa jua yang ditegah oleh Rasulullah itu pasti ada sebab muasababnya. Begitulah juga jika Rasulullah menyuruhnya pasti ia akan ada kebaikan kepada manusia. Ini adalah satu lagi bukti kebenaran agama Islam. Bukti nyata bahawa Allah adalah tuhn yang mencipta manusia yang memahami perjalanan seluruh sistem organ - organ dalam badan manusia. Jika bukan Allah yang mencipta manusia tidak mungkin Allah mengetahui apa yang ada dalam badan wanita berbanding lelaki.
Comments
Post a Comment