Pendahuluan

 Terdapat beberapa potongan hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat , maka janganlah memakai sutera dan emas.”


Dalam islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas dan pemakaian kain yang diperbuat daripada benang sutera, tetapi kedua-duanya diharuskan bagi seorang perempuan. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:



Maksudnya:“Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku dan diharamkan bagi kaum lelakinya”.

Riwayat al-Nasa’ie(5163)


Manakala Umar mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Janganlah kamu semua memakai sutera kerana sesiapa yang memakainya di dunia, maka dia tidak akan memakainya di akhirat." 

                                                      Hadith Bukhari(10/5832) dan Muslim(3/21).


Berdasarkan beberapa potongan hadith berikut dapat disimpulkan bahawa: 

  • Emas dan sutera adalah perhiasan yang dipakaikan kepada penghuni syurga di hari akhirat kelak. Oleh itu,Islam telah mengharamkannya kepada lelaki daripada memakainya ketika di dunia. Lain pula halnya bagi wanita di mana mereka diharuskan (halal) berbuat demikian.
  • Pemakaian cincin perak halal bagi kaum lelaki, bahkan Rasulullah saw sendiri pernah memakai cincin perak.
  • Tetapi dalam pemakaian kain sutera terdapat keringinan (rukhsah), iaitu apabila ada suatu keperluan yang berhubung dengan masalah kesihatan, sebagaimana Rasulullah pernah mengizinkan Abdur-Rahman bin 'Auf dan az-Zubair bin Awwam untuk memakai sutera kerana masalah sulit di badannya.

 


Comments